Senarai Blog Saya

Selasa, 20 Disember 2016



KOTA BELUD

Daerah Kota Belud terletak di pantai barat utara negeri Sabah, 70 kilometer dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta. Populasi penduduk pada tahun 2012 iaitu sekitar 93,100 orang yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum Samah (Bajau), Dusun (Tindal), Tionghoa (Cina), Irranun dan Ubian. Daerah ini turut mendapat jolokan nama sebagai "Daerah Koboi Timur" kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu. Selain itu, daerah ini juga terkenal dengan Tamu Besar atau Pasar Terbuka yang diadakan setiap hujung minggu(ahad). Ahli Parlimen Kota Belud adalah Y.B Datuk Abdul Rahman Dahlan, dari parti UMNO.


ASAL USUL NAMA KOTA BELUD

Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau, yakni "kota" yang bermaksud kubu pertahanan manakala "belud" pula bermaksud bukit. Justeru itu, Kota Belud diertikan sebagai "Kubu Pertahanan di atas Bukit"

KEUNIKAN KOTA BELUD
PELANCONGAN

SABAH memang kaya dengan pelbagai keindahan alam semula jadi daripada dasar lautnya hinggalah ke puncak gunung Kinabalu. Namun di sebalik keindahan alam itu negeri juga kaya dengan pelbagai etnik yang menyimpan seribu satu budaya dan adat daripada lebih 32 etnik.
Dengan pelbagai etnik seperti Bajau, Iranun, Kadazan Dusun, Murut dan sebagainya pastinya mempunyai budaya dan adat yang berbeza yang dipegang kuat.
Pengalaman penulis mengunjungi sebuah kawasan yang sinonim dengan etnik Bajau Kuda iaitu Kota Belud memperlihatkan keunikan budaya etnik yang kaya dengan pelbagai adat resam itu. Kota Belud atau bermaksud ‘Kota Bukit’ mempunyai pelbagai etnik seperti Bajau, Iranun dan Kadazandusun.
Pengalaman kali pertama penulis menjejakkan kaki ke Kota itu memberikan pengalaman bermakna dan membawa banyak persoalan mengenai pelbagai budaya dan adat yang masih diamalkan masyarakat di situ.
Kawasan yang menjadi tumpuan utama dan cukup terkenal di sini pastinya pasar tamu yang menjual pelbagai barangan dari barang harian hinggalah ke barangan kraftangan.
Di sinilah keunikan sebenar masyarakat Bajau yang terkenal dengan kemahiran mereka menunggang kuda dipamerkan dengan pelbagai aksesori dan kraftangan boleh didapati untuk dijadikan kraftangan.
Makanan tradisional kaum Bajau dan Iranun turut dijual seperti kuih penjaram dan ikan masak ampap.
Selain itu terdapat juga pelbagai barangan kraftangan dari suku kaum lain iaitu kaum Iranun, dan Dusun Tamu besar biasanya diadakan selama dua hari iaitu setahun sekali pada bulan Oktober dan kemeriahan ini diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti kesenian dan keramaian seperti pertandingan Ratu Sarimpak, pertandingan kuda berhias dan lumba kerbau.
Satu lagi kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di Kota Belud ialah Pulau Mantanani. Keindahan dan ketenangan air lautnya yang membiru pastinya akan menggamit pemandangan pengunjung yang tiba buat kali pertama. Pulau Mantanani adalah pulau terpencil yang masih mempunyai pelbagai keindahan alam semula jadi yang yang terletak di Barat Laut Kota Belud
Untuk ke sana pengunjung perlu menaiki bot laju yang mengambil masa selama sejam dari jeti Kuala Rampaian, dan akan mengambil masa selama satu setengah jam jika dari Kuala Abai.
Terdapat pelbagai spesies hidupan laut yang terdapat di sini yang mampu menarik perhatian peminat aktiviti scuba diving dan ia juga merupakan antara kawasan yang sering menjadi tumpuan aktiviti ini dari seluruh dunia.
Terdapat 16 lokasi aktiviti scuba yang telah dikenalpasti malah dikatakan terdapat banyak lagi kawasan yang belum diterokai sepenuhnya. Menurut penduduk kampung,mereka pernah menemui ikan dugong yang jinak dan haiwan ini sering dilihat bermain-main di kawasan pantai. Namun kini ikan dugong yang tinggal kini terdiri daripada spesies liar.
Kota Belud turut memiliki keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara dan menarik. Satu daripadanya ialah pusat pelancongan Air Terjun Sayap, kira-kira 32 kilometer dari pekan Kota Belud. Reka bentuk semula jadinya setinggi tiga tingkat (setinggi 15.24 meter) pasti mengagumkan setiap pengunjung yang pertama kali datang ke situ.




SEJARAH MASJID PEKAN KOTA BELUD


Sebelum adanya Masjid Pekan yang ada sekerang ini, telah pun ada masjid lama yang didirikan daripada bangunan kayu yang hanya boleh menampung seramai 500 orang jamaah sahaja.

TAMU BESAR KOTA BELUD

Perkataan Kota Bleud dalam bahasa Bajau bermakna "Kubu Pertahanan di atas bukit." Manakala "Belud" bermakna bukit. Dahulu pertelingkahan untuk meerebut kekuasaan memaksa suku kaum Bajau membina kubu pertahanan di atas bukit. Cerita itu kini sudah tersurat dalam lipatan sejarah.

Kisah yang tersirat pula ialah Pesta Tamu Kota Belud bukan sekadar "Penunggang atau Pahlawan Kuda Bajau". Kini Pesta Tamu Besar Kota Belud terus meniti di bibir pelancongan dari luar negara setiap tahun kerana daya tarikannya yang tersendiri. Tamu Besar Kota Belud bukan pesta kebudayaan dan hiburan semata-mata. Saban tahun pesta ini yang dikatakan mula diadakan pada awal 1990an lebih daripada sekadar himpunan manusia dan semangat "Kuda Bajau".

Empat suku kaum utama di daerah ini yang mempunyai penduduk hampir 70,000 orang membentuk satu warna-warni budaya kerana setiap suku kaum terbesar iaitu Bajau, Kadazandusun, Iranun dan Ubian memiliki ciri-ciri kebudayaan masing-masing. sebagai contoh, selain "Pahlawan Kuda Bajau" masyarakat Bajau terkenal dengan tarian kuda pasu.

Acara ini kerap dipersembahkan dalam Tamu Besar Kota Belud dengan pakaian tradisional
sigar (lelaki) dan serimpak (wanita) di kepala. Selaini itu suku kaum Bajau juga terkenal dengan kahalusan seni tangan pembuat parang. Masyarakat Iranun pula terkenal dengan persembahan tarian sumaranun dan pakaian tradisional dikatakann yang hampir sama dengan suku kaum Bajau. Bagi masyarakat Kadazandusun pula masyarakat ini terkenal dengan tarian sumazau.





1 ulasan:

  1. Ada cerita pasal perempuan yang mati lemas bersama askar British tahun 1960 di jambatan Tamparuli? Perempuan itu asal kg Sayap KB.

    BalasPadam